Nuffnang header

Friday 6 October 2017

Resepi Mission Wrap Ayam, Sedap Sangat Suami Puji Tak berhenti

Hai korang,

Bosankan kalau hari hari asyik makan nasi, nasi, nasi. Pagi petang siang malam hadap nasi je walaupun mungkin dihidangkan dengan macam macam jenis lauk berlainan tapi tetap nasi. Boleh jadi muak dan bosan tekak ni.

Sesekali kita ubahlah selera. Makan yang bungkus bungkus tapi menyelerakan dan mengenyangkan isi perut tu juga. Idea nak buat wrap ni datang selepas Kakgojez makan wrap yang dipesan dari sebuah restoran makanan segera.

Disebabkan rasa terilham dek rasa "ehh..macam senang je buat", maka inilah hasilnya.

Ohh ye, dek disebabkan buat penuh keikhlasan yang lahir dari hati dan kasih sayang, suami ai puji tak berhenti la pulak. Entah bodek suruh buat lagi la tu sebenarnya kan, macam la kita taktahu akal dia. Tapi apapun terkembang jugalah lobang hitam KG yang sedia tak berapa nak kuncup ni. Hahaha.

So kalau rasa nak suami puji melambung lambung, korang kena cuba resepi ni tau. 😍

Resepi Wrap Ayam BBQ



Bahan yang diperlukan:
  • Wrap/ tortila
  • 2 ketul Isi ayam (amik bahagian dada)
  • 3 ulas bawang putih
  • Halia (1 inci)
  • 1 biji Bawang holland
  • 1 biji Capsicum
  • Daun salad
  • Tomato
  • Serbuk lada hitam
  • Sedikit garam
  • Sos BBQ
  • Sos tiram
  • Kewpie Mayonnaise Japanese Style
  • Kewpie Japanese Dressing Roasted Sesame ( kalau takde kewpie ni boleh je guna lady choice island thousands mayonis)


Cara buat:
  1. Isi ayam diperap dengan bawang putih, halia, sos bbq, sedikit sos tiram dan garam. Gaulkan sekali dengan serbuk lada hitam. Biarkan dalam 30 minit sehingga 2 jam. Kalau semalaman lagi bagus, meresap sampai ke dalam.
  2. Lepas dah perap tu, saya masak dalam air fryer dalam 15 minit pada suhu 180 darjah. Kalau takde boleh je panggang dalam oven, pemanggang ajaib atau masak atas kuali. Ikut kesesuaian peralatan koranglah yer.
  3. Sambil masak ayam tu, saya sediakan bahan lain seperti bawang holland, capsicum, tomato, salad dan mula panaskan wrap.
  4. Jadi bila ayam dah masak, bahan pon dah tersedia bolehlah buat kerja kerja menghias dan mengwrap. Hehe.
  5. Ohh ayam tu saya potong serong dan nipis nipis je. Terpulanglah kalau nak potong dadu pon boleh.
  6. Kerja menghias tu ikut suka hati, janji jangan letak bahan terlampau banyak takut tak boleh nak bungkus sempurna nanti.

No comments:

Post a Comment