Nuffnang header

Sunday 26 March 2017

Panduan Pertama Kali Tempah Penginapan Guna AirBnB

Sekarang ni, selain dari Trivago, Agoda dan website hotel, AirBnB juga kian popular dikalangan netizen dan backpacker yang ingin travel di dalam Malaysia mahupon luar negara. KG pon tak terkecuali untuk mencuba servis AirBnB setelah mendapat kredit percuma daripada kenalan. Kalau korang nak rebat juga untuk tempah penginapan di AirBnb boleh klik : 


Pertama kali menggunakan AirBnB untuk menempah penginapan semasa ke Kuala Lumpur pada bulan Februari lepas memberikan pengalaman baru buat KG. Berpuas hati dengan pengalaman pertama, saya cuba pulak destinasi kedua, di Penang. Ternyata kedua-dua pilihan tempat penginapan sungguh memuaskan hati.

Kebanyakan hosts yang terdapat dalam AirBnB menyewakan keseluruhan rumah atau bilik-bilik kosong yang tidak digunakan. Anda boleh memilih mengikut kesesuaian dan keselesaan sendiri. Kalau KG lebih sukakan privasi. Antara kriteria pemilihan penginapan ialah kemudahan yang disediakan mesti ada swiming pool dan iron. Lagi satu, dekorasi rumah yang cantik pon memainkan peranan untuk KG tau. Hehe.

KG kongsikan sedikit tips dan panduan yang mungkin berguna untuk anda dalam membuat pemilihan yang tepat untuk anda yang pertama kali baru ingin menggunakan khidmat servis AirBnB

  • Pastikan anda tahu lokasi tempat yang anda nak booking.
  • Berikan details yang tepat seperti tarikh check in-check out, jumlah tetamu dan pilih room type. Korang boleh pilih nak private room, share room atau entire place. Pengalaman KG mestilah nak sesuatu yang lebih privasi jadi entire place memang menjadi pilihan.
  • Baca review daripada tetamu terdahulu. Kadang kita risau kan kalau-kalau gambar yang dipamerkan tu lebih indah dari realiti. Jadi kita boleh tengok review setiap tetamu yang pernah menginap, melainkan tuan rumah baru join mungkin masih belum ada review. Hehe.
  • Baca dengan teliti setiap polisi. Terdapat sesetangah host meminta deposit sewaktu check-in. Sediakan wang secukupnya jika bayar guna cash. Tapi ada je yang tak minta pon, jadi baca elok-elok.
  • Sebelum booking, seeloknya contact host dahulu.
Rasa macam susah dan leceh? Takdelah leceh mana pon sebenarnya. Mudah je, macam korang survey-survey di Trivago, Agoda dan lain-lain tu juga.

Bagi korang yang belum ada account AirBnB, boleh register sekarang. Free je weh! Nak lagi jimat KG nak kongsikan kredit percuma bernilai usd25 dan boleh terus tebus guna untuk book trip penginapan anda.


LOVE,
KakGojez





No comments:

Post a Comment