Nuffnang header

Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Thursday, 5 July 2018

Mee Udang Kuala Sepetang

Mee Udang Kuala Sepetang memang terbaik, sedap dan puas hati. | Jalan-jalan cari makan bersama Kakgojez kali ini menjelajah ke Kuala Sepetang atau nama lainnya Port Weld, antara daerah yang terletak di negeri Perak.



Sebenarnya ini adalah unplanned jalan-jalan cari makan punya misi. Tapi disebabkan kebetulan Kakgojez baru pulang dari luar negara dan rindu semua jenis makanan Malaysia. So masa on the way pulang ke sarang, terus plan nak singgah di Port Weld, Taiping.



Gerai Mee Udang Warisan ini memang menjadi pilihan Kakgojez dan keluarga. Mee Udang Warisan hanya beroperasi di waktu pagi sehingga ke tengahari sahaja. Biasanya tak sampai tengahari lagi makanan mereka dah habis dijual. Kalau nak pergi tu boleh call dulu.



Lokasi Mee Udang Warisan Kuala Sepetang terletak di dalam sedikit dari jalan besar. Tapi kalau nak datang, anda boleh cari papan tanda gerai Nek Jah Mee Udang kemudian masuk lorong bersebelahan gerai Nek Jah Mee Udang dan terus dalam 200 meter ke dalam akan nampak gerai Mee Udang Warisan ni disebelah kiri.

Tuesday, 3 July 2018

Review: Serunding Halia Tok Mami

Serunding halia Tok Mami | Amboii kalau bab makanan memang laju je KakGojez nak men’review’, komen dan kongsi dengan anda semua. Sharing is caring gitu. Hehe.

                                    

Sebelum review lebih lanjut, wajiblah kakgojez letakkan disclaimer bahawasanya post ini adalah pendapat dan pandanhan  peribadi sebagai seorang pengguna/pelanggan dan tidak dibayar oleh mana-mana pihak.

Okey, berbalik kepada topik serunding halia mesti korang fikir hanya halia semata-mata kan. Ohh tidak sama sekali. Seunding halia Tok Mami bukan hanya ada halia, tetapi juga ada bawang goreng, bawang putih dan ikan bilis atau ikan talang. Nampak tak ada kepelbagaian isi didalamnya dan sudah terbayang keranggupannya bagaimana kan.


Serunding halia Tok Mami terdapat dua versi iaitu serunding halia ikan bilis dan serunding halia ikan talang. Kalau tanya kakgojez yang mana lebih sedap, sebenarnya sama je lebih kurang. Tapi kakgojez lebih sukakan yang ikan bilis.

Ibu berpantang paling sangat rekemen ambil serunding halia ni, sebab bantu keluarkan angin dalam badan. Berdesupp angin keluar. Hehe.. Alaa orang yang tak berpantang macam kakgojez ni pon ambik juga. Lebih lebih lagi anak kakgojez, Razeen tu. Dia makan, ratah macam tu aje. Kalau nak makan dengan anak memang berebut, kena sorang sebekas tak boleh kongsi.



Yang bestnya juga, kalau travel ke mana-mana memang mudah. Standby je la serunding halia ni sebekas dua. Makan dengan nasib panas panas. Nak sedap lagi goreng telor mata. Fuhhh. Memang mengancam, boleh makan nasi bertambah tambah.

Kalau uolls rajin nak buat sendiri pon boleh, takde masalah. Boleh google je resepi serunding halia. Tapi  kalau rasa nak cepat, mudah dan hasilnya yang crunchy bila dimakan, order je terus dengan Food by Tok Mami ni ye.

Food by Tok Mami : 01

Sunday, 8 October 2017

Review: Creamhorn Sedap di Kota Kinabalu

Assalamualaikum. Salam sejahtera semua,

KakGojez nak berkongsi buat peminat pastry khususnya yang berada sekitar Kota Kinabalu, Sabah yang teringin nak creamhorn petang hari begini kan. Nak buat sendiri mungkin kekangan masa atau tak tahu kan.  Tak payah susah hati, order saja dengan homebaker ni, siap ada buat delivery lagi tau. 



Ohh sebelum tu kena letak disclaimer dulu. Review ini tak berbayar atau ditaja oleh mana-mana pihak ya. Ini sekadar perkongsian dari KakGojez untuk korang. Manalah tau sebelum ni pernah dengar juga creamhorn pastry ni tapi takut nak order sebab tak tahu sedap ke tak kan.

Sebenarnya KakGojez pon first time cuba makan creamhorn, hehe. Sebelum ni pernahlah tengok orang iklan di facebook dan dalam rancangan televisyen. Nampaknya sangat tidak mengecewakan. Sedap!! 



Anak-anak tak sabar nak makan sampai habis. Mama dorang ni kena pujuk kata simpan sikit kat ayah barulah dorang okey sikit. Tapi itu pon sekejap sekejap dok bukak kotak. Sabar je lah anak oii. Bagi ayah dorang rasa pon kata sedap. So memang sedap la tu. 

Tak menyesal beli mahal mahal wehh. Dah berapa kali nak order sebelum ni tapi asyik habis, maklumlah time nak makan baru nak order on the spot. Mana boleh. Nasib baik kalini ada extra kakak tu buat. Zasss terus booking. Hihi.


Okey, kesimpulannya memang pus hati. Inshaallah boleh repeat order nanti. Kalau korang nak order juga boleh try contact kakak ni. Atau boleh follow instagram @creamandsugar 



LOVE,
KakGojez