Nuffnang header

Friday 31 August 2018

Kulit Wanita Berjenis Kering, Lebih Cepat Nampak Tua?

Wanita mesti ngeri kalau tahu kesan kulit kering pada dirinya. Ya, nampak lebih cepat tua dan pucat! Suka atau tidak, itulah hakikat yang anda wajib telan.


Tanda orang kulit kering ialah anda akan rasa 'ketat' selepas mencuci muka. Mudah merengsa dan mungkin rasa gatal. Terdapat kecenderungan terjadinya garis halus kering, terutama di keliling mata. Kulit kering jarang dihinggapi jerawat. Ok, semak dulu apa anda perlu tahu tentang kulit...


Ciri-ciri kulit kering
• Selepas muka dicuci dengan pencuci muka atau sabun pembersih dan air, kulit terasa 'ketat', seolah-olah ia terlalu kecil untuk muka anda.
• Kulit berasa agak selesa selepas mencuci muka dengan pembersih krim.
• Tompok berkelupas mula muncul pada waktu tengah hari.
• Anda hampir tidak mengalami masalah jerawat.
• Kulit akan kepedihan selepas menggunakan toner muka.
• Kulit berasa sangat selesa selepas menggunakan krim malam.

No comments:

Post a Comment