Nuffnang header

Wednesday 27 September 2017

Resepi Sup Brokoli dan Cendawan Tiram

Hai, hai, hai.. chef amatur kembali lagi berkongsi resepi sup sayur campur brokoli dan cendawan tiram yang paling mudah, cepat dan semestinya sedap. Resepi sup sayur cendawan ni  mudah je sebenarnya, sesuai untuk rujukan chef nubis (newbie) yang baru berjinak dalam dunia kedapuran ni. Huhu.

Resepi asal dari blog azie kitchen dan telah diadaptasi ke versi KG. Terima kasih kak sebab kongsi resepi mudah lagi kacang mak enon ni.. bagus untuk chef amatur macam saya ni

Part sedap tu bukan KG yang perasan sendiri tau, ni anak-anak soleh solehah yang cakap bila mommy dorang tanya laju je jawab, dapp...dapp..dap. Siap tunjuk double thumb up lagi tu. Anak kecik mana pandai menipu okey. Hahaha..

Okey cukup cukup sudah, tak payah nak huraikan tahap kesedapan yang memang ternyata sedap giler tu. Heeeee :D

Sup sayur cendawan tiram dan brokoli


Bahan-bahan:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Cendawan tiram
Brokoli
Tomato
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Daun sup/ daun ketumbar - optinal
Isi ayam/ fish cake fish ball - optinal

Cara masak:

  • Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga keperangan.
  • Kemudian, masukkan air 1-2 cawan. Terpulang pada koranglah nak kuah banyak atau sikit. Biar sehingga mendidih dan masukkan sikit garam, serbuk pati ayam atau serbuk ikan bilis. Yang mana ada kat dapur tu dan masukkan sayur-sayuran yang dah siap dipotong dan diracik halus tu.
  • Bila dah masukkan sayur tu, biarkan mendidih sekejap, jangan terlalu lama. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.


Taraaa... ini hasilnya sup sayur cendawan tiram dan brokoli. Mudah dan cepat untuk disediakan.


Gambar close up pulak 😘
Yang bintik bintik hitam tu serbuk lada hitam yer.



Okaylah setakat disini perkongsian resepi sup sayur tumis cendawan tiram mix brokoli, korang jangan lupa komen dan share tau. Bagi semangat untuk KG agar sentiasa rajin masuk dapur lepas ni.

Love,
KakGojez

No comments:

Post a Comment