Nuffnang header

Thursday 5 July 2018

Mee Udang Kuala Sepetang

Mee Udang Kuala Sepetang memang terbaik, sedap dan puas hati. | Jalan-jalan cari makan bersama Kakgojez kali ini menjelajah ke Kuala Sepetang atau nama lainnya Port Weld, antara daerah yang terletak di negeri Perak.



Sebenarnya ini adalah unplanned jalan-jalan cari makan punya misi. Tapi disebabkan kebetulan Kakgojez baru pulang dari luar negara dan rindu semua jenis makanan Malaysia. So masa on the way pulang ke sarang, terus plan nak singgah di Port Weld, Taiping.



Gerai Mee Udang Warisan ini memang menjadi pilihan Kakgojez dan keluarga. Mee Udang Warisan hanya beroperasi di waktu pagi sehingga ke tengahari sahaja. Biasanya tak sampai tengahari lagi makanan mereka dah habis dijual. Kalau nak pergi tu boleh call dulu.



Lokasi Mee Udang Warisan Kuala Sepetang terletak di dalam sedikit dari jalan besar. Tapi kalau nak datang, anda boleh cari papan tanda gerai Nek Jah Mee Udang kemudian masuk lorong bersebelahan gerai Nek Jah Mee Udang dan terus dalam 200 meter ke dalam akan nampak gerai Mee Udang Warisan ni disebelah kiri.

2 comments:

  1. Alamakkkk...teringinnnnnya !

    ReplyDelete
    Replies
    1. silalah cuba cuba mee udang kuala sepetang yang femes amos tu.. hehe

      Delete