Nuffnang header

Tuesday 28 August 2018

4 Kegunaan Buah Limau Purut

Memandangkan sejak dahulu lagi hingga kini, limau purut digunakan dengan pelbagai tujuan.  Jom ketahui apa kebaikan untuk ibu-ibu mengamalkannya.

1. Hilangkan letih

Bagi menghilangkan rasa letih setelah menguruskan anak-anak yang ramai, segera rawat dengan mengambil dua genggam daun limau purut dan direbus terlebih dahulu. Kemudian air tersebut bolehlah digunakan untuk mandian. Cara in dapat memberi kepuasan dan kelegaan sekali gus menjadikan tubuh kembali segar.

2. Haluskan kulit

Terlalu sibuk menguruskan anak dan keluarga, pasti masa seorang ibu itu cukup terhad dan menyebabkan tidak berkesempatan untuk memanjakan diri bagi mendapatkan rawatan kecantikan kulit. Jangan bimbang, ambil saja limau purut dan dibelah dua. Kemudian sentalkan buah limau purut tersebut ke bahagian kulit yang kering dan bersisik. Amalkan selalu ketika mandi dan hasilnya kulit menjadi bersih dan sihat.

3. Awet muda

Aroma daunnya dikatakan boleh memberi rasa segar dan bertindak sebagai agen untuk wanita kekal awet muda. Caranya cukup mudah, tambahkan beberapa titis jus limau purut di dalam air mandian. Amalkan selalu.

4. Hilangkan kotoran baju

Hanya menggunakan air perahan limau purut, dikatakan kesan kotoran lebih mudah ditanggalkan. Terbukti cara ini lebih jimat dan mudah untuk dilakukan!

No comments:

Post a Comment