Monday, 10 July 2017

Pertama Kali Buat Spageti Carbonara

Resepi Mudah dan Sedap Spagethi Carbonara



Bagi uolls yang pertama kali nak masak spagethi bolehlah cuba cuba resepi KG ni. Simple sangat sebab tak banyak bahan pon dan paling penting sedap okey :D

Bahan bahan yang diperlukan:

  • 3 sudu minyak
  • 3-4 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 4 ketul sosej
  • Isi ayam
  • Sos carbonara prego
  • Spagethi
  • Secubit garam
  • 1 cawan air


Cara memasak:

  1. Panaskan kuali. Letak 2 sudu minyak masak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan isi ayam dan sosej. Goreng sekejap.
  3. Masukkan sos carbonara dan letakkan air sedikit demi sedikit ikut tahap kepekatan sos yang korang suka. KG masukkan 1 1/2 cawan sebab guna sos yang besar (400+gm).
  4. Masakkan sos sehingga mendidih.
  5. Dalam periuk asing, rebuskan spagethi. Agak dalam masa 5-10 minit. Sehingga rasa lembut. Pandai la korang agak-agak masa tu.
  6. Jangan lupa letakkan 1 sudu minyak dan secubit garam. Supaya tak melekat.


Tips tambahan, ni nak buat atau tak terpulang ikut citarasa masing-masing yer cuma KG kongsikan je. Kalau rasa nak pekat dan milky sikit korang boleh tambah fresh milk. Ini optinal okey. Tak letak pon takpe. Resepi ni memang dah sedap. Boleh makan bertambah dan tak muak. Hehe.

Okey dah dah korang pergi cuba sendiri masak spagethi carbonara tu. Tak payah tengok banyak resepi, nanti sendiri pening.

Selamat mencuba.

LOVE,
KakGojez

No comments:

Post a Comment