Nuffnang header

Tuesday 3 July 2018

Review: Serunding Halia Tok Mami

Serunding halia Tok Mami | Amboii kalau bab makanan memang laju je KakGojez nak men’review’, komen dan kongsi dengan anda semua. Sharing is caring gitu. Hehe.

                                    

Sebelum review lebih lanjut, wajiblah kakgojez letakkan disclaimer bahawasanya post ini adalah pendapat dan pandanhan  peribadi sebagai seorang pengguna/pelanggan dan tidak dibayar oleh mana-mana pihak.

Okey, berbalik kepada topik serunding halia mesti korang fikir hanya halia semata-mata kan. Ohh tidak sama sekali. Seunding halia Tok Mami bukan hanya ada halia, tetapi juga ada bawang goreng, bawang putih dan ikan bilis atau ikan talang. Nampak tak ada kepelbagaian isi didalamnya dan sudah terbayang keranggupannya bagaimana kan.


Serunding halia Tok Mami terdapat dua versi iaitu serunding halia ikan bilis dan serunding halia ikan talang. Kalau tanya kakgojez yang mana lebih sedap, sebenarnya sama je lebih kurang. Tapi kakgojez lebih sukakan yang ikan bilis.

Ibu berpantang paling sangat rekemen ambil serunding halia ni, sebab bantu keluarkan angin dalam badan. Berdesupp angin keluar. Hehe.. Alaa orang yang tak berpantang macam kakgojez ni pon ambik juga. Lebih lebih lagi anak kakgojez, Razeen tu. Dia makan, ratah macam tu aje. Kalau nak makan dengan anak memang berebut, kena sorang sebekas tak boleh kongsi.



Yang bestnya juga, kalau travel ke mana-mana memang mudah. Standby je la serunding halia ni sebekas dua. Makan dengan nasib panas panas. Nak sedap lagi goreng telor mata. Fuhhh. Memang mengancam, boleh makan nasi bertambah tambah.

Kalau uolls rajin nak buat sendiri pon boleh, takde masalah. Boleh google je resepi serunding halia. Tapi  kalau rasa nak cepat, mudah dan hasilnya yang crunchy bila dimakan, order je terus dengan Food by Tok Mami ni ye.

Food by Tok Mami : 01

No comments:

Post a Comment