Thursday, 17 November 2016

Resepi Donut Gebu, Paling Mudah dan Sedap!

Assalamualaikum...

Hari ini penuh dengan sifat kerajinan maka petang tadi dapatlah minum petang bersama donut gebu dan lembut. Ditambah kerajinan malam hari berkongsi resepi dan cara buat donut paling mudah dan paling sedap dengan anda semua.



Senang je buat donut ni, sekejap je uli yang tak berapa nak uli sangat tu. Hihi. Anggaran masa 2 jam dah boleh makan bersama yang tersayang.

Membebel pulak KG yer, nahh ambil resepi donut mudah dan simple ni:

Bahan yang diperlukan:
  • 1 peket yis
  • 4 sudu tepung gandum
  • 2 sudu susu tepung
  • 2 sudu gula
  • 2 sudu susu pekat
  • Secubit garam

Cara mrmbuat donut tanpa uli:
  • Rendamkan yis tu dalam cawan, 3 suku air suam. Tutup cawan dan biarkan yis mengembang dalam 15 minit. 
  • Letakkan tepung, susu tepung, gula, butter, garam dalam bekas. Ramaskan sehingga sebati sehingga menjadi seperti serbuk roti. 

  • Campurkan yis ke dalam adunan tepung, Gaulkan sekata kemudian bagi rehat dalam setengah jam. Adunan mungkin kelihatan agak lembik, tapi tak perlu tambah tepung lagi tau. 
  • Lepas direhatkan, tumbuk-tumbuk manja doh tersebut, supaya angin keluar. 

  • Kalau guna acuan, boleh canaikan ikut ketebalan yang anda suka dan tekap acuanan tersebut. Tapi kalau cara manual pon boleh, pintal jadi sebesar bola ping pong dan buat bentuk bulat kemudian buat lubang di tengah. Hehe. Mudah je. Yakin pada diri. 
  • Sambil buat tu boleh panaskan minyak, api slow saja. Sempat la donut tu jadi menggebu lagi. 
  • Dah siap goreng, letak dalam pinggan cantik kemudian snap la banyak-banyak gambar ye. Mudah-mudahan kenyang. Hehehe.
          Selamat mencuba resepi donut mudah, cepat dan gebu ini.



          No comments:

          Post a Comment