Nuffnang header

Saturday, 21 July 2018

Cara Pencegahan Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut (HFMD)

Penyakit tangan kaki dan mulut



Menurut KKM, Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Coc A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD) adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.

Tanda-tanda dijangkiti virus HMFD ini antaranya demam, luka (ulser) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. Kanak-kanak juga boleh mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, muntah, cirit birit dan kurang selera makan.



Hampir keseluruhan pesakit yabg menghidap penyakit HFMD pulih tanpa rawatan perubatan. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) ini cepat menulat dengan kadar hampir 100% dikalangan kanak-kanak terutamanya kurang dari umur 10 tahun di premis tempat tumpuan kanak-kanak seperti di taska atau tadika. Oleh itu, pastikan anda sentiasa peka jika terdapat sebarang tanda pada anak anda.



Cara Pencegahan Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut

1. Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.

2. Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.

3. Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.

4. Ibu bapa dan penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.

5. Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.

6. Sekiranya anak-anak mempunyai tanda tanda jangkitan penyakit tangan kaki dan mulut hendaklah dikuarintin di rumah dan dijauhkan daripada tempat awam yang sesak.

Selain daripada 6 langkah pencegahan ini, anda juga boleh meningkatkan imun anak-anak agar lebih sihat dan kuat dengan memberikan vitamin anak.


No comments:

Post a Comment