Nuffnang header

Thursday 19 July 2018

Tips Pilih Iron Philip, Apa Yang Patut Anda Tahu Sebelum Membeli

Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Beli Iron Philip

Sebut je iron philip steam generator, bergetar hati semua wanita terutamanya kaum ibu. Maklumlah biasanya kaum ibu yang sibuk hal hal kain baju seisi rumah kan. Tapi bahagian nak melipat kain baju dan menggosok baju rasa “bercinta” nak buat setiap minggu.

Dengan teknologi terkini dari jenama Philip menghasilkan  iron steam generator sebagai gadget moden sangat menggembirakan hati kaum wanita.

Kenapa wanita khususnya khususnya insan yang bergelar isteri dan ibu ibu ni sangat teruja bila sebut mengenai iron philip ini?

Sebabnya iron philip sangat membantu memudahkan dan melancarkan kerja-kerja menggosok baju dengan lebih cepat dan menjimatkan masa. Anda tahu tak, dengan iron steam generator terbaru dari Philip ini hanya memadai jika hanya sebelah saja digosok. Jika biasanya kita perlu menggosok di kedua dua bahagian baju, tetapi dengan iron ini tidak perlu lagi. Best kan.

Dulu kakgojez hanya dengar cerita saja iron ini best best. Tetapi setelah mencubanya sendiri. Rasa perasaan untuk memilikinya sangat kuat. Dan daripada situ kakgojez telah mengkaji dan mendapati iron philip ini ada terdapat beberapa range iron dengan pelbagai jenis model berbeza. Antara jenis kategori iron philip yang anda patut tahu, ianya ada :

1) Perfect care pure: model jenis ini biasanya lebih murah sebab ianya menggunakan katrin yang perlu ditukar setiap 2-3 bulan penggunaan iron.

2) Perfect care viva : biasanya model ini smart cal clean. Pembelian disertakan dengan bekas untuk menyahkan kotoron bila keluar alert.

3) Perfect care aqua : Easy auto de clac clean

Antara ketiga-tiga jenis kategori ini, iron yang menggunakan katrij paling kakgojez kurang nak sarankan. Walaupun beli iron itu lebih murah, tapi jika dikira penggunaan iron untuk jangka masa lama ianya lebih mahal. Sebab kita terpaksa labur pulak duit untuk beli katrij yang digunakan secara berkala. Nak jimat jadi mahal. Huhu.






No comments:

Post a Comment