Nuffnang header

Saturday 28 July 2018

Tips Pilih Skincare Yang Selamat

TIPS PILIH SKINCARE: USAH TERTIPU DENGAN JANJI MANIS PALSU!
.
Belek-belek Instagram, banyaknyaaa lambakan produk skincare sekarang ye. Siap tu, nama pun 'fishy' - 'Krim Ajaib'. Belum tengok tagline lagi tu. Banyak je yg kata;
.
"Sapu sahaja & putih dalam 3 minit"
"Calit-calit terus putih"
"Spray terus gebu"
"Kunyah-kunyah cantik"
.
Eh, ingat kulit ni macam baju kotor ke? Tenyeh sabun/clorox terus bersih/elok?
.
Tengok teknik marketing memang sedih. Tapi yg lebih menyedihkan lagi adalah - ramainyaaaa yg percaya & beli produk-produk tu! Allahu.. Terutamanya pembeli di kalangan generasi remaja & awal dewasa. Masing-masing 'excited' sangat nak cepat jadi cantik ala-ala gegadis yg viral di media sosial tu kan; sampai 'terlupa' (ke saje lupa) untuk pastikan betul-betul dulu kesahihan & keselamatan produk yg nak digunakan tu.
.
Korang tau tak apa sebenarnya yg menjadikan produk-produk tu cepat sangat berkesannya? Haaa.. Cer try test tengok bahan-bahan produk tu. Ada tak mengandungi mana-mana bahan kimia berbahaya ni:
.
1. MERKURI - Merkuri ni adalah sejenis logam berat yg sangat merbahaya walaupun dalam kuantiti yg sedikit tau. Merkuri ni sangat biasa digunakan dalam krim pemutih kulit. Apabila produk tersebut mengandungi merkuri, memang ia sangat cepat akan dapat memutihkan kulit.
.
Tapi, bila kita guna produk yg ada merkuri ni untuk jangka panjang (berminggu-minggu & berbulan-bulan), ia akan mengakibatkan perubahan teruk pada kulit tau. Kulit akan timbul bintik-bintik hitam & mula rasa gatal-gatal. Bukan setakat kulit, merkuri juga akan beri kesan kepada buah pinggang, saraf otak & perkembangan janin bagi ibu hamil!
.
2. HIDROQUINON - Hidroquinon juga sangat popular digunakan sebagai bahan dalam krim pemutih kulit sebab ia sangat mudah larut dalam air. Kesannya memang cepat dapat dilihat untuk mencerahkan kulit.
.
Tapi, penggunaan hidroquinon dalam jangka panjang akan menambahkan sensitiviti kulit kepada cahaya matahari. Akibatnya kulit akan terasa amat pedih & akhirnya merosak. Biasanya kesan buruk ini akan mula jelas kelihatan/terasa setelah 6 bulan penggunaan; atau mungkin lebih cepat bagi mereka yg berkulit sensitif. Apa yg paling bahaya adalah, hidroquinon boleh menyebabkan kerosakan pada DNA tau! Haaa.. boleh mencacatkan keturunan tuu.
.
3. ASID RETIONIK - Asid ini kerap digunakan dalam produk pemutihan kulit & menghapuskan jerawat. Produk yg mengandungi asid ini selalunya akan bertindak 'memperbaiki' kulit melalui teknik pengelupasan.
.
Apa yg sering dijaja dalam strategi jualan adalah, teknik pengelupasan ini kononnya akan membuang sel kulit lama yg tidak elok & akan digantikan dengan kulit baru yg elok. Tapi hakikatnya, teknik pengelupasan ini hanya menghakis kulit menjadi semakin nipis & sensitif! Ia juga merosakkan lapisan epidermis yg sepatutnya bertindak melindungi lapisan dermis.
.
4. PARABEN - Selalunya dinyatakan seperti methylparaben, ethylparaben, propylparaben, butylparaben, isobutylparaben, isopropylparaben & benzylparaben. Kesan penggunaan paraben bukan sahaja merosakkan kulit; tetapi juga boleh menyebabkan masalah yg sangat serius iaitu kanser payudara.
.
5. PLUMBUM - Penggunaan plumbum sebenarnya amat-amat dilarang dalam produk skincare. Namun ia digunakan untuk meningkatkan kononnya keberkesanan sesuatu produk tersebut. Penggunaan plumbum boleh menyebabkan kerosakan saraf, menurunkan IQ & pendengaran, meningkatkan tekanan darah, menyebabkan masalah anemia serta merosakkan buah pinggang.
.
Apa yg sangat menjadi kerisauan adalah, krim ataupun cecair produk kecantikan biasanya hanya mengambil masa selama 26 SAAT SAHAJA untuk meresap ke dalam kulit tau. So, bayangkan, kalau kita gunakan produk yg mengandungi bahan-bahan berbahaya ini 2-3 kali sehari (biasanya waktu pagi, malam & tiap kali lepas solat mesti nak sapu balik kan?), berapa banyak sebenarnya kita telah menyebabkan peresapan bahan merbahaya tersebut? Cukup ke sekadar jadi 'cepat cantik' tapi akhirnya merana akibat kerosakan kulit yg berkekalan?
.
Sebab tu, kita kena bijak pilih skincare tau. Takpe, lambat sikittt cantik pun takpe asalkan selamat. Kalau kulit yg bermasalah seperti jerawat teruk tu, ambil masa dulu untuk perbaiki dari dalaman. Jangan terburu-buru terus nak ambil produk yg kononnya nak repair dari luaran. Kulit kita ni adalah 'pancaran' dari kesihatan dalaman tau. So, bila dalaman cantik, luaran pun akan automatik jadi cantik. Nak enhance lagi, kita tambah dengan skincare untuk bantu lindungi kulit dari 'ancaman' luar yg merosakkan lapisan luar kulit.
.

No comments:

Post a Comment