Nuffnang header

Saturday 7 July 2018

Mudahnya buka akaun bank syarikat

Hai uolls,

KakGojez nak berkongsi bagaimana nak buka akaun syarikat di CIMB Bank. Apa yang Kakgojez kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri sepanjang proses nak buat akaun ya.

Minggu lepas (26 jun 2018), Kakgojez telah pergi ke cawangan bank CIMB berdekatan rumah untuk bertanyakan cara memohon dan dokumen yang perlu disediakan sekiranya ingin membuka akaun syarikat.

Kakgojez diminta untuk bertemu dengan seorang pegawai yang menguruskan bahagian ini. Dia memberikan borang dan terangkan bahagian bahagian yang perlu diisi. Kemudian dia minta bawak ssm, ic dan deposit minima RM 1000.

Yang bab introducer tu, kakgojez tanya. Ada pegawai tu cakap kalau sistem biometrik okay tak perlu pon introducer. Fuhhh. Kalau dulu mungkin sedikit rumit, tapi sekarang sudah semakin mudah. Alhamdulillah.

Tujuan kakgojez buka akaun syarikat ni sebab nam menguruskan kewangan syarikat dengan lebih baik. Kalau sebelum ni campur je dalam akaun personal, jadi macam agak carca merba sedikit. Harapnya lepas ni pengurusan kewangan syarikat lebih bagus. Aamiin.

Ohh ye, kakgojez pon ada apply untuk buku cek masa buka akaun tu. Kebetulan masa kakgojez pergi tu buku check habis, so kena tunggu 2 hari. Dah sampai pegawai tu akan call.

So far, baguslah servis tu sebab cepat sangat. Cuma bab explain dengan lebih lanjut pasal produk tu kurang sikit. Hehe. Kakak ada tanya, minta pendapat apa beza cimb dengan cimb islamic. Sebagai seorang peniaga baru, kakak perlukan lebih info, lebih-lebih lagi bab yang bukan kepakaran kita. Pegawai tu perlulah terangkan dengan lebih details terma terma jika buat akaun syarikat ni. Apapun overall memang puas hati sebab cepat dan mudah sangat.

Ohh ya, sebelum terlupa. Ada yang tanya kakgojez, boleh buka akaun guna online ke? Okay, dari pembacaan kakgojez memang boleh buka guna online. Tapi nanti anda kena datang cawangan yang terdekat juga untuk sahkan dokumentasi yang diperlukan. So kalau tanya kakgojez, korang pergi je la terus minta borang kat bank. Tak payah pening nak isi, kalau tak tahu boleh tanya. Tak payah nak ulang alik. Korang kan busy buat bisnes, mana ada masa. Hehe.

Mana yang tengah plan nak buka akaun company tu, silalah buat cepat. Tapi sebelum tu daftarkan dulu syarikat anda ya.

Good luck & all the best guys.

Love,
Kakgojez

No comments:

Post a Comment