Nuffnang header

Saturday 4 August 2018

9 Kelebihan Teh Hijau Untuk Kulit Muka Sihat

KELEBIHAN TEH HIJAU PADA KULIT WAJAH
.
.
Tahukah Teh hijau mempunyai 1001 manfaat terutamanya pada kulit wajah kita? Jom tengok apa kelebihan Teh Hijau aka Green Tea nih 👇

🌿 Hilangkan Stress
- Teh hijau selain mencantikkan kulit, ia juga berfungsi memberi kesegaran sekaligus menhilangkan stress.

🌿 Sumber Antioksidant
- Teh hijau mempunyai polifenol iaitu sejenis antioksidant, Vit A, Vit C, Vit E yang sangat baik untuk kulit kerana dapat mencegah penuaan kulit dan kekal awet muda.

🌿 Pelembab Semulajadi
- Biasa kita selalu dengar tips kecantikan, lepas scrubbing perlu sapu serum atau pelembab untuk kekalkan kulit lembab kan?
Tapi tak perlu risau kalau pakai skrub yang mengandungi bahan teh hijau, sebab dalam teh tu dah siap2 ada pelembab.

🌿 Anti spot
- Teh hijau dapat membantu menghilangkan bekas jerawat dan cela pada wajah.

🌿 Menyejukkan kulit
- Teh hijau merupakan antiseptik semulajadi. Apa itu antiseptik? Maksudnya teh hijau jugak berfungsi untuk mengatasi gatal pada muka untuk orang yang kulit sensitif.

🌿 Mencerahkan kulit
- Teh hijau bertindak sebagai antioksidant yang kuat dan aktif so ia sangatlah membantu dalam pencerahan kulit yang kusam.

🌿Sebagai Anti-Aging
- Dalam teh hijau ada vitamin & mineral yang bertindak sebagai anti aging yang dapat membantu kemunculan garis halus disekitar kelopak mata dan hujung bibir.

🌿 Mempercepatkan proses pengeringan jerawat
- Teh hijau boleh bantu percepatkan proses pengeringan jerawat. Korang mesti taknak tengok jerawat lelama kt muka kan?

🌿 Menstabilkan kadar minyak berlebihan
- Teh hijau boleh kawal minyak berlebihan pada muka. Sekaligus dapat menghalang pori kita tersumbat dan jerawat menyerang.
.
Haa banyakkan kelebihan Teh hijau ni? Kalau korang malas nak cari daun teh hijau tepek kat muka, korang pakai Green Tea Mint Face Scrub dah cukup.

Green Tea Mint Face Scrub ni bukan je boleh jadi sebagai Skrub muka, malah ia pun boleh jadi masker tau . Hanya tepek kat tempat jerawat tu. Biarkan esok konfem jerawat dah kecut.

Bestkan Teh Hijau? 😉

No comments:

Post a Comment