Nuffnang header

Saturday 14 July 2018

Tips Memilih Produk Skincare Penjagaan Kulit Wajah

TIPS PILIH SKINCARE UNTUK ORANG PENTINGKAN KESIHATAN KULIT MUKA

Kali ni saya nak share tips untuk pilih skincare yang sesuai secara umum la.

1. Tengok jenis kulit anda. Kering ka, berminyak ka. Cara dia, basuh muka dengan air suam 5-6 kali.
Lepas beberapa minit,

Kalau rasa kulit ketat maknanya kulit jenis kering.
Kalau bila dap dengan kapas muka tu keluar minyak, maknanya kulit berminyak.
Kalau nampak berminyak kat kawasan hidung & dahi je, tu kulit kombinasi.

2. ​Ambik yang basic.
Kalau kulit awak takda apa2 masalah, cukuplah pencuci muka, pelembap & krim malam untuk kulit yang lembut dan tona sekata.

3. ​Kenali masalah kulit. Contohnya kalau ada kedut ka, jeragat ka, parut jerawat ka, pori besar ka, mungkin awak perlukan tambahan item lain seperti serum dan toner.

4. Tengok apa kandungan skincare tu. Macam kita kat Malaysia ni sebab mentari panas sangat, mungkin kita perlukan pelembap dengan SPF yang lebih tinggi.

5. Gunakan produk yang ada bahan aktif. Kalau boleh bahan2 ni terbukti melalui ujian klinikal la. Baru kita yakin nak guna.

6. Elakkan produk yang gunakan pewangi. Sebab pewangi ni bahan paling utama penyebab alahan kulit.

7. Walaupun agak sukar, sebolehnya cari produk yang bebas bahan kimia berbahaya. Sama ada bahan tu kena ban atau pun tidak.

8. Harga letak tepi. Kalau awak jumpa skincare yang selamat & sesuai untuk kulit awak, biarpun mahal itulah yang patut awak pilih. Namun, bukan bermaksud yang murah takda kualiti. Sebab tu jangan pandang harga dulu.

9. Kalau nak jimat masa, dapatkan review daripada sumber yang boleh dipercayai. Kalau company tu jamin produk dia selamat, berkesan melalui kajian, itulah yang awak kena pilih dulu.

Lagi2 kalau awak menghidap PCOS, memang kena cari skincare yang bebas bahan kimia sebab banyak bahan dalam skincare yang boleh jadi pengacau hormon walaupun produk tu diluluskan oleh badan berwajib.


No comments:

Post a Comment