Nuffnang header

Monday 6 August 2018

Cara Buka Akaun Majikan Di KWSP & PERKESO

Cara Buka Akaun Majikan KWSP & PERKESO

Alhamdulillah, semalam kakgojez dah selesaikan satu bab dalam perniagaan yang baru nak diceburi nanti iaitu menjaga hal ehwal kebajikan pekerja dengan mendaftar sebagai majikan berdaftar dengan kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) dan pertubuhan keselamatan sosial (PERKESO).

Sebenarnya, sangat mudah kalau kita dah menyediakan semua dokumen yang diperlukan terlebih dahulu. Untuk pendaftaran sebagai majikan untuk kwsp dan perkeso tiada dikenakan apa-apa bayaran.

Masa kakgojez sampai di bangunan kwsp Alor Setar, sudah menghampiri waktu rehat. Tapi kakgojez tak risau sebab operasi masih berjalan biarpun sudah menginjak masa berehat untuk lunch time. Pegawai-pegawai di KWSP Alor Setar sangat peramah dan sangat membantu. Juga tak lokek dengan senyuman.

Dokumen yang perlu untuk buka akaun Majikan di KWSP:

Salinan kad pengenalan
Salinan pendaftaran syarikat


Selepas membuka akaun di kwsp, kakgojez terus menuju ke destinasi kedua pula iaitu wisma perkeso Alor Setar. Kedua-dua wisma ini tidaklah berjauhan sangat, dalam 5-10 minit perjalanan naik kereta. Kakgojez sampai dalam jam 1.30 petang. Kaunter di pejabat PERKESO juga tidak ditutup ketika waktu rehat. Namun orang di kaunter agak kurang membantu ketika itu.

Dokumen yang diperlukan semasa buka akaun Majikan di PERKESO:

Dokumen yang diperlukan mungkin berbeza-beza mengikut kategori majikan. Kakgojez buka sebagai perniagaan tunggal, maka ini antara dokumen yang diperlukan:


  • salinan kad pengenalan
  • salinan pendaftaran syarikat ssm
  • salinan kad pengenalan pekerja


Dokumen tambahan, anda boleh printkan siap-siap peta lokasi premis perniagaan anda. Kalau tidak anda perlu lukiskan nanti. Lagi satu perkara, anda wajib ada email. Email syarikat dan email pendaftar (wakil syarikat) wajib berbeza.

Jika dokumen sudah lengkap, hantar ke kaunter dan pegawai berkenaan akan check untuk kelulusan. Jawapan akan diterima melalui email dalam 2-3 hari tempoh bekerja.

No comments:

Post a Comment